E-Pertukaran Guru Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia Sistem Aduan Disiplin Support Ticketing System Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah




Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Selamat menyambut Aidiladha, semoga pengorbanan kali ini memberi seribu keberkatan kepada semua. Dan, selamat bercuti kepada seluruh warga SKBE.

0 comments:

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT ZON KMY 2010 M/1431 H