E-Pertukaran Guru Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia Sistem Aduan Disiplin Support Ticketing System Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERSEKOLAHAN

Posted by Sekolah Kebangsaan Batu Empat under ,
Cuti Pertengahan Penggal Persekolahan bagi Tahun 2010 telah pun bermula dari 4 Jun 2010 - 19 Jun 2010. Tetapi bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SKBE, mereka dikehendaki hadir ke sekolah kerana dikehendaki menghadiri kelas tambahan yang dijalankan oleh guru-guru yang terlibat.

Kelas ini adalah sebagai langkah persediaan menghadapi peperiksaan kelak di samping memenuhi masa terluang murid-murid pada cuti persekolahan ini dari melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Pada minggu kedua cuti persekolahan ini juga, Kelas Mesra IT akan dijalankan untuk murid-murid Tahun 4 yang akan dikendalikan oleh Fasilitator Schoolnet, Cik Jawariah bt Abdul Rani. Tujuan Kelas Mesra It ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai teknologi komputer dan kegunaan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam komputer kepada murid-murid selain meningkatkan kesedaran mereka terhadap penting teknologi pada masa kini.

Diucapkan selamat bercuti kepada guru-guru dan juga murid-murid sekalian..

0 comments:

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT ZON KMY 2010 M/1431 H