E-Pertukaran Guru Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia Sistem Aduan Disiplin Support Ticketing System Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah

KEPUTUSAN MTQ

Posted by Sekolah Kebangsaan Batu Empat under ,
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Kuala Muda 1 telah pun selamat berlangsung semalam iaitu 6 Mac 2010 pada pkol 8.30 pagi bertempat di SKBE dengan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Hj. Tajol Urus b Hj. Md. Zain, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran (Lelaki/Perempuan), Hafazan (Lelaki/Perempuan), Kuiz, Pertandingan Bercerita (Lelaki/Perempuan), Nasyid dan Kompang Selawat).

Walaupun SKBE tidak memenangi kesemua acara yang dipertandingkan tetapi SKBE telah memenangi dalam 3 kategori iaitu:

Kuiz
Johan : Nik Nur Amirah bt Nik Fauzan
Muhd Arif b Abdul Aziz
Faizah Amirah bt Fadhil
Abdullah Siddiq b Fakhrurrazi

Hafazan (Lelaki)
Tempat ketiga : Muhd Rusydan b Ruzaidi

Hafazan (Perempuan)
Tempat ketiga : Fatin Naqibah bt Rosli

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
"Al-Quran Menjana Wahdatul Ummah"

0 comments:

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT ZON KMY 2010 M/1431 H