E-Pertukaran Guru Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia Sistem Aduan Disiplin Support Ticketing System Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah

SEJARAH SKBE

Posted by Sekolah Kebangsaan Batu Empat under
Penduduk tempatan di Daerah Gurun – Jalan Jeniang ini terdiri daripada penduduk Kampung Bongkok, Kampung Batu Tiga, Kampung Batu Empat, dan Kampung Batu Lima merupakan kampung berjiran telah merasai perlunya kawasan tersebut mempunyai sebuah sekolah rendah untuk anak-anak disekitarnya.

Ini kerana sekolah rendah yang terdekat ialah Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat yang mana letaknya lebih kurang 7 kilometer (km) dari kampung-kampung berkenaan. Sehubungan dengan itu, ramai para pelajar dari kampung berkenaan selalu mengalami masalah ponteng sekolah sehingga tercicir dalam pelajaran mereka disebabkan oleh masalah pengangkutan mereka ke sekolah

Oleh sebab itu, penduduk dari empat kampung tersebut telah memohon untuk dibina sebuah sekolah rendah kepada Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan tersebut.

Hasilnya, pada pertengahan tahun 1978, sebuah sekolah rendah telah didirikan di atas tanah ladang seluas tujuh ekar dan siap pada bulan Mei 1979 dan sekolah tersebut dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Empat. Sekolah tersebut mempunyai satu blok dua tingkat sebagai sekolah cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat. Pada awal tahun 1980, murid-murid yang tinggal di sekitar sekolah berkenaan telah berpindah masuk dari Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat.

Manakala pada tahun 1983, sebuah bangunan tambahan dua tingkat dibina untuk keperluan semasa bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Dalam tempoh dua taun, bilangan murid meningkat kepada 400 orang dan sehingga kini bilangan tersebut mencecah 900 orang.

0 comments:

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT ZON KMY 2010 M/1431 H